Monday 9 May 2011

Pengenalan

Terima kasih atas kesudian anda untuk meluangkan masa membaca blog ini. Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.
Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah laman web rasmi syarikat tetapi merupakan laman blog ahli sahaja. Sekiranya anda ingin melihat produk dan ingin tahu dengan lebih detail  tentang perniagan emas keping dan barangan kemas, anda boleh melewati web kami di 
www.bcgoldamanah.com
Jika anda pembaca yang baru,sila baca kesemua artikal terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas.

Apa Itu Emas?

Emas, sebenarnya sudah dikenal pasti sejak 40 ribu tahun sebelum Masehi. Peristiwa itu bermula dengan penemuan emas dalam bentuk kepingan di Sepanyol. Pada saat itu, kepingan emas telah digunakan oleh manusia purba yang bernama Paleiothic Man. Ada juga yang mengatakan bahawa emas pertama ditemukan oleh masyarakat Mesir Kuno sekitar 3000 tahun sebelum masehi.

Kepentingan Emas

Satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Hadis & Dalil

 Rasulullah s.a.w bersabda:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."
Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal